Tampilkan postingan dengan label bn. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bn. Tampilkan semua postingan

Kamis, 13 Februari 2014

BN Tiada Masalah Pilihan Raya Serentak

BN Tiada Masalah Pilihan Raya Serentak

KUALA LUMPUR – Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai sebarang masalah dengan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya negeri dan Parlimen serentak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, beliau sebaliknya bersetuju dengan keputusan muktamad SPR berhubung perkara itu kerana langkah berkenaan dapat mengelak berlaku pembaziran wang rakyat.
Jelas beliau, pilihan raya secara berasingan akan melibatkan perbelanjaan yang besar serta membuang masa rakyat yang terpaksa turun mengundi pada dua masa yang berbeza.
“Mengapa perlu untuk kita mengadakan pilihan raya yang berbeza untuk pusat dan negeri hanya kerana ingin menjaga kepentingan sendiri tanpa memikirkan kepentingan rakyat.
“Sebelum ini pembangkang sentiasa menyatakan bahawa mereka ingin mengadakan Pilihan Raya Negeri secara berasingan dengan Pusat. Mengapa?,” soalnya melalui kenyataan media hari ini.
Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata, semua parti politik perlu ingat bahawa pilihan raya diadakan dengan tujuan menentukan parti politik yang akan mentadbir negara demi kepentingan rakyat.
Sehubungan itu, katanya, kepentingan serta kebajikan rakyat perlu didahulukan sebelum kepentingan mana-mana pihak lain diambil kira.
Maka, kata beliau, parti pembangkang harus bijak berfikir bahawa dalam parti politik melaksanakan tanggungjawab tidak seharusnya membebankan rakyat.
“Kerajaan BN tidak mempunyai sebarang masalah dengan keputusan muktamad SPR dan sewajarnya pihak pembangkang seharusnya begitu juga,” katanya lagi.
Beliau mengulas laporan media semalam bahawa keputusan SPR untuk mengadakan pilihan raya negeri dan Parlimen serentak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) adalah muktamad.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dipetik sebagai berkata, keputusan itu dibuat selepas menimbang beberapa faktor yang perlu diambil kira termasuk menjimatkan duit rakyat. SUMBER

Read More..

Minggu, 22 Desember 2013

Janji BN untuk orang asli di Gua Musang pulak


GUA MUSANG, 10 Dis — Kerajaan tidak akan mungkir janji untuk melaksanakan projek mini hidro membabitkan kos lebih RM500,000 bagi faedah 60 keluarga penduduk Orang Asli di kampung sekitar Pos Bihai, di sini.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Ab Aziz Yusof berkata projek itu yang akan mula dibina tahun depan, mampu membekalkan elektrik 24 jam dan merupakan kampung pertama, di hulu Kelantan mendapat faedah daripadanya.
“Kos itu juga membabitkan kos RM8,500 bagi sebuah rumah dan lebih jimat daripada pemasangan solar elektrik yang dilakukan sebelum ini dengan perbelanjaan lebih RM10,000 untuk sebuah rumah penduduk kaum berkenaan,”  katanya kepada pemberita selepas majlis Mesra Bersama Masyarakat Orang Asli di Pos Bihai di sini, hari ini.

Majlis mesra itu membabitkan konvoi pelbagai jabatan kerajaan termasuk Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jabatan Kesihatan, Polis dan Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK).

Ab Aziz yang juga Setiausaha Umno Bahagian Gua Musang berkata perkampungan Orang Asli kini sedang dalam peringkat peralihan perubahan apabila usaha kerajaan untuk melaksanakan pelbagai kemudahan untuk mereka seiring dengan kemajuan negara.
Beliau berkata, walaupun kampung berkenaan terletak jauh di pedalaman hingga mengambil masa lama untuk sampai, namun banyak kemajuan sudah
dilaksanakan kerajaan khususnya melalui JAKOA dan JPPK.
“Tengoklah perubahan seterusnya tahun depan apabila mereka akan dapat merasaikan kemudahan bekalan elektrik 24 jam sebaik selesai pembinaan mini hidro,” katanya. — Bernama
Read More..