Tampilkan postingan dengan label tiada. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label tiada. Tampilkan semua postingan

Kamis, 13 Februari 2014

BN Tiada Masalah Pilihan Raya Serentak

BN Tiada Masalah Pilihan Raya Serentak

KUALA LUMPUR – Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai sebarang masalah dengan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya negeri dan Parlimen serentak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, beliau sebaliknya bersetuju dengan keputusan muktamad SPR berhubung perkara itu kerana langkah berkenaan dapat mengelak berlaku pembaziran wang rakyat.
Jelas beliau, pilihan raya secara berasingan akan melibatkan perbelanjaan yang besar serta membuang masa rakyat yang terpaksa turun mengundi pada dua masa yang berbeza.
“Mengapa perlu untuk kita mengadakan pilihan raya yang berbeza untuk pusat dan negeri hanya kerana ingin menjaga kepentingan sendiri tanpa memikirkan kepentingan rakyat.
“Sebelum ini pembangkang sentiasa menyatakan bahawa mereka ingin mengadakan Pilihan Raya Negeri secara berasingan dengan Pusat. Mengapa?,” soalnya melalui kenyataan media hari ini.
Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata, semua parti politik perlu ingat bahawa pilihan raya diadakan dengan tujuan menentukan parti politik yang akan mentadbir negara demi kepentingan rakyat.
Sehubungan itu, katanya, kepentingan serta kebajikan rakyat perlu didahulukan sebelum kepentingan mana-mana pihak lain diambil kira.
Maka, kata beliau, parti pembangkang harus bijak berfikir bahawa dalam parti politik melaksanakan tanggungjawab tidak seharusnya membebankan rakyat.
“Kerajaan BN tidak mempunyai sebarang masalah dengan keputusan muktamad SPR dan sewajarnya pihak pembangkang seharusnya begitu juga,” katanya lagi.
Beliau mengulas laporan media semalam bahawa keputusan SPR untuk mengadakan pilihan raya negeri dan Parlimen serentak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) adalah muktamad.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dipetik sebagai berkata, keputusan itu dibuat selepas menimbang beberapa faktor yang perlu diambil kira termasuk menjimatkan duit rakyat. SUMBER

Read More..

Selasa, 24 Desember 2013

Isu Tudung Tiada Istilah Buka Balik





Menurut pelakon Lisdawati Nazaruddin, tiada istilah buka balik apabila sudah mengenakan hijab sepenuhnya.

Lisda mengulas lanjut mengenai cakap-cakap orang yang mengatakan dirinya rela membuka tudung demi sesebuah tawaran drama yang diterimanya.

Sebaliknya, asetnya itu kini tidak lagi akan dilihat oleh sesiapa selain suaminya sendiri, Fauzi Nawawi.

“Kalau dah pakai tudung, pakailah terus. Mana ada istilah buka balik. Kenyataan itu saya tak boleh jelaskan.
“Rambut saya tak akan dilihat oleh sesiapa. Kalau ada drama-drama yang keluar di kaca televisyen sekarang nampak saya tidak bertudung, itu adalah drama-drama saya sebelum berhijab,” katanya memetik laporan Ohbulan.

Selain itu, aktres ini juga tidak merasa terkesan dengan gosip mengatakan suaminya bermain kayu tiga dengan menjalankan hubungan dengan seorang artis seperti yang tersebar baru-baru ini.

language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">
Sebaliknya dia menyatakan atas sikap ramah yang dimiliki Fauzi telah menyebabkan banyak pihak salah faham sehingga menimbulkan gosip-gosip tidak berasas seperti itu.

Oleh: AUDREY LEE
Read More..