Jumat, 07 Maret 2014

David Teo Cadang Filemkan Villa Nabila


Ekoran kegemparan yang ditimbulkan Villa Nabila, David Teo menyatakan syarikatnya, MIG mungkin akan menampilkan kisah berkenaan penunggu banglo berkenaan dalam projek filem terbaharu mereka.

Kata David, pihaknya memang merancang untuk membuat sekuel kepada filem Highland Tower sebelum kisah Villa Nabila hangat diperkatakan lagi.

“Lagipun kisahnya masih panas, jadi lebih baik kita rebut peluang. Kalau saya tak buat atau ambil peluang, nanti penerbit lain akan buat,” kata David.

Bagaimanapun, sebelum ini terdapat beberapa lokasi keras lain turut dipertimbangkan jadi Villa Nabila kini termasuk dalam salah satu senarai mereka bagi mengtinjauankan filem ala ‘Blair Witch Project’ sebagaimana Highland Tower arahan Pierre Andre.

Highland Tower mendapat sambutan penonton dan berjaya mendapat kutipan RM3.5 juta.

Villa Nabila, sebuah banglo lama yang terbiar lebih 40 tahun di Johor Bahru baru-baru ini mencetus polemik seluruh negara apabila seorang remaja disangkakan hilang setelah mengunjunginya.

Meskipun cerita itu ternyata tidak benar, Villa Nabila sudah lama diketahui peminat mistik tempatan sebagai lokasi keras.

Portal pelancongan berpangkalan di Amerika Syarikat, Expedia turut  menyenarai Villa Nabila antara lima tempat berhantu di Malaysia. - REM RAMZI
Read More..

Kamis, 06 Maret 2014

Hadi Kempen fitnah Anwar hanya aibkan diri

sinarharian
8 April 2013
Abdul Hadi Awang
Hadi menyampaikan hujah pada program Bicara Minda dan Sesi Dialog. Program dikendalikan oleh Tan Sri Abdullah Ahmad.
SHAH ALAM - Cubaan segelintir pihak menabur fitnah ke atas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang semakin hebat menjelang pilihan raya umum, dibidas sekutunya dalam Pakatan Rakyat.

Menjawab pertanyaan peserta Bicara Minda dan Sesi Dialog anjuran Sinar Harian hari ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tumpuan sepatutnya diberikan kepada usaha membangunkan negara dan kebajikan rakyat.

"Tidak elok menjadikan kempen ini gelanggang fitnah. Untuk tegakkan kebaikan rakyat, masa depan negara, itu penting. Sangat penting," tegas Hadi.

Bahkan menurut pemimpin utama Pas itu, budaya politik fitnah dalam siri kempen umpama meminggirkan dasar-dasar ekonomi dan pembangunan yang sepatutnya diutamakan.

"Yang fitnah ini hanya memalukan diri," ujar Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang.

Anwar yang juga ketua pembangkang menerima pelbagai tekanan dan dakwaan skandal seks yang dipaparkan menerusi blog pro Umno, Papa Gomo.

Dalam perkembangan terbaru, Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, telah memutuskan untuk bertanding sebagai calon Bebas menentang Anwar di Permatang Pauh.

Difahamkan, Papa Gomo merancang untuk mendedahkan kesemua salah laku Anwar dalam siri kempen beliau seterusnya menamatkan karier politik Anwar.
Read More..

Rabu, 05 Maret 2014

Cara menghindari dan mencegah flu babi



Inilah cara-cara yang paling ampuh untuk menghindari dan mencegah penularan flu babi:
1. Jangan berjabat tangan dengan babi yang sedang flu, selain akan tertular flu oleh babi, anda juga akan dianggap orang gila.

2. Jangan berciuman dengan babi yang sedang flu.

3. Cucilah tangan setelah anda bergulat dengan babi di kandang babi.

4. Jangan suka mengucapkan kata babi kepada orang lain.

5. Jangan tidur bersebelahan sama babi.

6. Jangan menerima babi sebagai teman Anda di facebook, karena dia dapat mengharvest teman-teman Anda di facebook.

7. Jika pun Anda memang memelihara babi, sediakan selalu sapu tangan/tissu untuk babi-babi Anda menutup hidung dan mulutnya bila bersin.

8. Hindarilah berenang di kolam renang babi, setidaknya untuk saat ini.

9. Jangan memforward email ini ke babi-babi, dikhawatirkan mereka jadi tau sehingga mencari cara penularan lain.

10. Hindari memakai segala aksesoris babi (kaos gambar babi, anting-anting babi, kalung babi, ikat pinggang sabuk babi, dll), babi-babi yang sedang flu itu mungkin akan mengira Anda adalah simpatisan babi, sehingga kemungkinan mereka akan menyerbu Anda untuk meminta perlindungan, karena saat ini banyak yang memburu mereka untuk membunuhnya.

11. Salah satu yang juga penting adalah agar para babi ngepet untuk segera menyadarkan diri dan kembali ke jalan yang benar sebelum mereka menciptakan Varian baru virus tersebut, yaitu flu babi ngepet.



Read More..

Selasa, 04 Maret 2014

Gadai Nyawa Demi Sesuap Nasi

Masih ada juga manusia yang tidak bersyukur walaupun mempunyai kerja yang baik dan gaji yang besar. Masih juga yang merungut dengan kerja yang senang lenang dengan duduk di kerusi beroda dan duduk di bawah aircond yang sejuk umpama di bawah salji. Berbeza dengan pekerjaan yang dipaparkan di dalam gambar -gambar di bawah.


Mereka sanggup bertarung maut dengan bekerja membina jalan sepanjang 3 kilometer di Shifo Mountain, China. Jom layan 17 gambar di bawah...

k



u

u

u

u

i

u

o

u

u

n



http://www.rilekslah.net/
Read More..

Senin, 03 Maret 2014

Sajian Gelek ghairah seks di Kepong

JUMAAT, 2 MAC 2012



KUALA LUMPUR - Aksi catwalk sambil menari dan menyanyi dalam pakaian mengghairahkan menjadi santapan mata buat pelanggan selain menyajikan khidmat seks dengan harga lumayan adalah antara tarikan sebuah pusat hiburan di Kepong.

Malah, pusat hiburan terbabit yang sudah lima tahun beroperasi didapati menyediakan pentas catwalk di tengah-tengahnya sebagai tarikan kepada pengunjung melihat aksi ghairah wanita Thailand dan Vietnam.

Bagaimanapun, kegiatan mereka akhirnya terbongkar selepas diserbu sepasukan anggota Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur diketuai Pegawai Turus D7 IPK KL, Deputi Superintendan Azman Mohd Isa, awal pagi tadi.

Dalam serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu, 15 GRO , termasuk 14 warga Thailand dan seorang warga Vietnam berusia 20 hingga 35 tergamam sebaik diserbu polis ketika mereka leka melayan tetamu.

Malah, sebahagian daripada mereka ketika itu berada di atas pentas menyanyi sambil menari dengan pakaian mengghairahkan.

Menurut Azman, tinjauan pemeriksaan mendapati pusat hiburan terbabit yang sudah beroperasi sejak lima tahun lalu dan bertukar majikan tidak mempunyai lesen selepas ia gagal diperbaharui.

“Pusat hiburan ini menggunakan khidmat GRO dengan menyediakan sebuah pentas catwalk di mana wanita terbabit akan menari, menyanyi dalam aksi mengghairahkan dengan pakaian seksi.

“Kita juga percaya mereka turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan yang memberi tawaran lumayan bergantung kepada cara mereka memujuk GRO terbabit,” katanya selepas operasi terbabit.
Read More..

Minggu, 02 Maret 2014

BBC sokong MB dalam kenaikan gaji

  • Malaysiakini Nov 30 2013
 
Walaupun sebelum ini terdapat perbezaan pandangan di kalangan anggota Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor, BBC malam tadi mengesahkan yang ia menyokong cadangan kenaikan gaji wakil rakyat yang diusulkan menteri besar Selangor.

Pengerusi BBC, Azmin Ali yang menentang kenaikan gaji daripada RM6,000 kepada RM11,250 itu bagaimanapun tidak hadir sewaktu ketetapan itu diputuskan dalam satu mesyuarat di antara BBC dan Tan Sri Khalid Ibrahim malam tadi.

NONETimbalan Pengerusi BBC, Dr Abdul Rani Osman berkata Abdul Khalid
memaklumkan kenaikan itu tetap akan diteruskan walaupun dikritik.

Menurutnya, anggota dewan undangan negeri yang hadir semalam menyokong perkara itu.

"Tiada masalah (dengan kenaikan gaji), kita terima. Naik gaji ini kita tahu dari sumber yang halal.

"Kita bukan nak ambil dari sumber tak betul atau rasuah.

"Dari segi Islam kita dalam Islam tak pernah dihalang jadi jutawan pun asalkan dapat dengan cara yang betul," kata Dr Rani yang merupakan ADUN Meru.  

Menurutnya, sebahagian besar daripada gaji ADUN akan kembali kepada orang ramai juga kerana mereka membelanjakannya untuk berkhidmat kepada orang ramai.

Menurutnya lagi, Abdul Khalid akan mengeluarkan satu kenyataan Selasa depan untuk menjawab kritikan terhadap kenaikan itu.

Jelasnya lagi, ketiadaan Azmin adalah kerana Azmin menghadiri satu program di Lumut, Perak malam tadi.

Sementara itu, ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim berkata kenaikan itu dipandang serong sebelum ini kerana kenyataan daripada anggota BBC sendiri.

"Ada segelintir yang cuba jadi hero sehingga semuanya berserabut.

"Hakikatnya, kenaikan gaji ini menerima sokongan dwipartisan termasuklah dari pembangkang dari BN," katanya.

Jelasnya, BBC juga sudah bersetuju untuk tidak mengeluarkan kenyataan peribadi kepada orang ramai berkenaan kenaikan itu

Read More..

Sabtu, 01 Maret 2014

Apa masalah Petronas dengan orang Melayu wahai Tun Mahathir

Harakahdaily 

Dr Dzulkefly Ahmad, 09 Nov 2013
Sekali lagi isu Petronas tidak membantu bahkan meminggirkan syarikat-syarikat Melayu terpapar di muka depan dada akhbar. Kali ini yang membuat kenyataan itu tidak lain dari Penasihat Petronas sendiri Tun Mahathir. Sangat pelik tetapi benar. Aduan dibuat oleh Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), pemilik syarikat vendor bumiputera dan pengusaha stesen minyak Petronas.

Ini bukan kali pertama kali aduan dan gesaan dibuat oleh MTEM dan pihak-pihak yang didakwa. Untuk tahun ini sahaja sudah  tiga kali. Bermula bulan Februari dan berlanjutan ke bulan Mac.

Menjadi lebih pelik dan sedikit mengaibkan ialah yang membuat gesaan dan kritikan itu adalah Penasihat Petronas sendiri. Sukar membaca maksud di sebalik laporan seperti ini. Apakah Tun sudah tidak punya ‘aura’ atau ‘pengaruh’ dalam Petronas lagi ataukah Ketua Pegawai Eksekutif atau CEO baru ini memang jenis tak layan gesaan atau ‘ugutan’ seperti yang dilaporkan di sini.

Maka bukan kerana Tun sudah tidak ada pengaruh tetapi memang CEO atas isu-isu seperti ini, bukan kata Penasihat, kalau Perdana Menteri sendiri campur-tangan sekali pun dia memang bertegas ‘bo layan’ atau tak peduli campur-tangan ‘orang politik’. Apakah begitu hakikatnya? Sukar juga untuk membuat penilaian yang tepat dan adil.

Apa pun, tanpa memihak dan untuk menulis secara objektif, saya selaku Pengarah Pusat Penyelidikan telah pun membuat beberapa gesaan secara terbuka kepada Petronas. Saya masih ingat bulan Mei (29hb) penulisan kami terbit di dua portal news The Malaysian Insiders dan Harakahdaily dan dilaporkan oleh beberapa akhbar tempatan lain. CEO Petronas Tan Sri Shamsul Azhar menjawab sendiri.

Buat peringatan umum, Petronas diperbadankan pada 17 Ogos, 1974 sebagai syarikat minyak nasional Malaysia, mendapat hak keseluruhan pemilikan dan kawalan sumber petroleum di negara ini. Ia telah berkembang daripada hanya menjadi pengurus dan pengawal selia sektor huluan Malaysia kepada syarikat minyak dan gas bersepadu sepenuhnya dan dalam senarai Fortune Global 500 syarikat terbesar di dunia.

Petronas didakwa oleh Penasihatnya semacam tersepit dan ‘serba salah’ dan antara memperjuangkan objektif asasnya untuk meningkatkan komuniti perniagaan Bumiputera dengan membuka perniagaan bagi penyertaan asing sejajar dengan pelan globalisasi perniagaannya.

Dalam pusingan pertikaian kali ini, PAS sekali lagi mengingatkan semua pihak khasnya Petronas dan juga Penasihat Petronas supaya benar-benar menjalankan tadbir-urus yang cekap dan berkeamanahan. Isunya bukanlah sangat dilema antara nak tolong syarikat-syarikat Melayu atau nak menjalankan pelan globalisasinya.

Sebaliknya kami berpandangan isu utama dan pertama penting ialah sama ada Petronas benar-benar komited untuk mempastikan beroperasi perniagaan dengan cara yang paling berkesan. Petronas mesti sentiasa membandingkan kecekapan dan prestasi mereka dengan rakan-rakan seperti Norway Statoil, atau Brazil Petrobras?

Sebab itu kami menggesa Putrajaya ketika itu untuk menjalankan audit ke atas Petronas selepas satu laporan di Laman Web Revenue Watch Institute (RWI) menunjukkan kedudukan Malaysia dalam tinjauan ketelusan pengurusan jatuh ke tempat ke-34 tahun ini 2013, dari kedudukan 22 pada tahun 2010, jauh lebih rendah daripada negara-negara seperti Timor Leste dan Filipina yang menduduki tempat ke-13 dan masing-masing 23. Perkara ini telah kami huraikan secara terperinci dalam penulisan tersebut dan perlu diulangi di sini. Mungkin Petronas punya banyak sebab untuk menolak dapatan RWI.

Nah, persoalan dan isu kedua ialah sejauh mana Petronas telah berjaya atau tidak berjaya bangunkan syarikat-syarikat tempatan yang memungkinkan mereka menjadi juara global. Ini yang menjadi kunci pertikaian mutakhir ini.

Ahli ekonomi pembangkang menunjukkan bagaimana kontrak minyak telah diedarkan hanya di kalangan syarikat-syarikat "kroni" seperti SapuraKecana, Dialog, Petra dan Scomi mendedahkan kriteria penilaian yang digunakan dalam semua amalan pemberian kontrak yang menyebabkan dan membenarkan syarikat yang sama memenangi semua bidaan kontrak. Ini termasuk pertikaian kami tentang pemberian kontrak eksplorasi bidang marginalnya (juga dikenali sebagai Kontrak Perkhidmatan Risiko, RSC) kepada syarikat-syarikat tertentu.

Kesemua mereka yang dapat kontrak dan projek, didakwa sebagai mempunyai hubungan intim dengan penguasa politik dan ini telah menghalang pertumbuhan kontraktor tempatan khasnya Bumiputera yang genuine dan punya merit dan kredibiliti tetapi jelas tidak dapat bersaing di atas padang yang sama rata.

Petronas bertanggungjawab membina dan melatih ‘enterpreneurs bumiputera yang tulen’ dalam program ‘Vendor Development’. Ini adalah tanggungjawab national service Petronas selaku pemilik tunggal minyak negara.

Apa telah terjadi dengan program yang baik seperti ini? Saya kira MTEM berhak tahu bahkan semua rakyat sebagai ‘stakeholder’ prihatin Petronas juga ingin tahu? Sejauhmana kejayaannya dan kalau gagal kenapa gagal?

Apa sebab gagal dan  siapa petualang yang menyekat pembangunan syarikat-syarikat tempatan ini? Ataukah telah dimansuhkan program Pembangunan Vendor ini yang sepatut Petronas membimbing semacam ‘hand-holding’ syarikat-syarikat baru yang memerlukan dokongan Petronas?

Maka kesimpulannya, Petronas dan penasihatnya perlu mentakrifkan apakah masalah sebenarnya  ini. Dua objektif ini tidak wajar dilihat sebagai ‘mutually exclusive’ atau saling bertentangan seperti didakwa Tun Mahathir

Petronas dan penasihatnya wajar menerima apakah di sebaliknya semua pertikaian ini adalah amalan kronisme yang tidak kunjung berkesudahan, sekali gus mencekik usahawan tulen Bumiputera khasnya dan entiti tempatan yang lain amnya?

Dr Dzulkefly Ahmad, Pusat Penyelidikan PAS Pusat.

Read More..