Tampilkan postingan dengan label anwar. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label anwar. Tampilkan semua postingan

Kamis, 06 Maret 2014

Hadi Kempen fitnah Anwar hanya aibkan diri

sinarharian
8 April 2013
Abdul Hadi Awang
Hadi menyampaikan hujah pada program Bicara Minda dan Sesi Dialog. Program dikendalikan oleh Tan Sri Abdullah Ahmad.
SHAH ALAM - Cubaan segelintir pihak menabur fitnah ke atas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang semakin hebat menjelang pilihan raya umum, dibidas sekutunya dalam Pakatan Rakyat.

Menjawab pertanyaan peserta Bicara Minda dan Sesi Dialog anjuran Sinar Harian hari ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tumpuan sepatutnya diberikan kepada usaha membangunkan negara dan kebajikan rakyat.

"Tidak elok menjadikan kempen ini gelanggang fitnah. Untuk tegakkan kebaikan rakyat, masa depan negara, itu penting. Sangat penting," tegas Hadi.

Bahkan menurut pemimpin utama Pas itu, budaya politik fitnah dalam siri kempen umpama meminggirkan dasar-dasar ekonomi dan pembangunan yang sepatutnya diutamakan.

"Yang fitnah ini hanya memalukan diri," ujar Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang.

Anwar yang juga ketua pembangkang menerima pelbagai tekanan dan dakwaan skandal seks yang dipaparkan menerusi blog pro Umno, Papa Gomo.

Dalam perkembangan terbaru, Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, telah memutuskan untuk bertanding sebagai calon Bebas menentang Anwar di Permatang Pauh.

Difahamkan, Papa Gomo merancang untuk mendedahkan kesemua salah laku Anwar dalam siri kempen beliau seterusnya menamatkan karier politik Anwar.
Read More..

Jumat, 27 Desember 2013

‘Listen listen listen’ mewakil sistem pembelajaran negara kata Anwar

January 20, 2013
Anwar berkata hanya melalui pendidikan, kebenaran akan dapat disebarkan. – File pic
KUALA LUMPUR, 20 Jan – Insiden “listen ... listen ... listen” yang menimbulkan kekecohan di laman media sosial yang mengaitkan Bawani KS dan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin adalah budaya pendoktrinan yang mewakili sistem pendidikan di negara ini, dakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas Anwar, insiden tersebut bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana pelajar di negara ini diajar melalui kaedah “listen” seperti dalam video di laman YouTube tersebut.
“Kalau orang kata ini suatu yang luar biasa berlaku, tak betul ... listen, listen, listen, ini mewakili sistem yang ada, ini kaedah anak kita diajar,” kata Anwar dalam ucapan ketika majlis kutipan dana untuk Pilihan Raya Umum ke-13 DAP di sini malam tadi.

Kaedah sedemikian jelas pemimpin pembangkang itu  telah bermula sejak pelaksanaan Biro Tata Negara (BTN) yang mana pelajar diarahkan untuk menuruti arahan tanpa sebarang pertanyaan.
“Dulu mereka disuruh ikut BTN, bila dipesoalkan, akan kata khianat Melayu ...”
“Ia falsafah politik rasis dan autoritarian yang diibaratkan pemimpin berkuasa penuh terhadap rakyat,” tegas Anwar di hadapan lebih 3,000 hadirin majlis tersebut.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut menjelaskan, hanya  melalui pendidikan, kebenaran akan dapat disebarkan.
“Pendidikan adalah asimilasi ilmu pengetahuan, untuk mendapatkan pendidikan bagi menyebarkan kebenaran,” katanya lagi.
Anwar dalam ucapannya juga sekali lagi turut mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat kerana menurutnya Najib adalah pemimpin yang lemah kerana terpaksa mendapatkan khidmat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai “penasihat” Umno.

“Najib seorang perdana menteri yang lemah, maka dia terpaksa ‘outsource’ melalui Perkasa dan Tun Mahathir,” katanya yang turut merujuk kepada badan bukan kerajaan pro Umno, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).
“Saya sekali lagi cabar Najib untuk berdebat!” kata Anwar disahut sorakan hadirin yang hadir.
Kutipan derma malam tadi berjaya mengutip sejumlah RM66,3042. TMI
Read More..