Tampilkan postingan dengan label dalam. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label dalam. Tampilkan semua postingan

Minggu, 02 Maret 2014

BBC sokong MB dalam kenaikan gaji

  • Malaysiakini Nov 30 2013
 
Walaupun sebelum ini terdapat perbezaan pandangan di kalangan anggota Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor, BBC malam tadi mengesahkan yang ia menyokong cadangan kenaikan gaji wakil rakyat yang diusulkan menteri besar Selangor.

Pengerusi BBC, Azmin Ali yang menentang kenaikan gaji daripada RM6,000 kepada RM11,250 itu bagaimanapun tidak hadir sewaktu ketetapan itu diputuskan dalam satu mesyuarat di antara BBC dan Tan Sri Khalid Ibrahim malam tadi.

NONETimbalan Pengerusi BBC, Dr Abdul Rani Osman berkata Abdul Khalid
memaklumkan kenaikan itu tetap akan diteruskan walaupun dikritik.

Menurutnya, anggota dewan undangan negeri yang hadir semalam menyokong perkara itu.

"Tiada masalah (dengan kenaikan gaji), kita terima. Naik gaji ini kita tahu dari sumber yang halal.

"Kita bukan nak ambil dari sumber tak betul atau rasuah.

"Dari segi Islam kita dalam Islam tak pernah dihalang jadi jutawan pun asalkan dapat dengan cara yang betul," kata Dr Rani yang merupakan ADUN Meru.  

Menurutnya, sebahagian besar daripada gaji ADUN akan kembali kepada orang ramai juga kerana mereka membelanjakannya untuk berkhidmat kepada orang ramai.

Menurutnya lagi, Abdul Khalid akan mengeluarkan satu kenyataan Selasa depan untuk menjawab kritikan terhadap kenaikan itu.

Jelasnya lagi, ketiadaan Azmin adalah kerana Azmin menghadiri satu program di Lumut, Perak malam tadi.

Sementara itu, ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim berkata kenaikan itu dipandang serong sebelum ini kerana kenyataan daripada anggota BBC sendiri.

"Ada segelintir yang cuba jadi hero sehingga semuanya berserabut.

"Hakikatnya, kenaikan gaji ini menerima sokongan dwipartisan termasuklah dari pembangkang dari BN," katanya.

Jelasnya, BBC juga sudah bersetuju untuk tidak mengeluarkan kenyataan peribadi kepada orang ramai berkenaan kenaikan itu

Read More..

Sabtu, 22 Februari 2014

UMNO tak tahu muafakat dalam Pakatan Rakyat cukup mantap

Jaga2, serangan Umno BN bakal ‘makan tuan’ – Anwar

(Oleh Sidiqin Omar)
TRONOH 17 Dis: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Umno BN supaya tidak terus sombong menyerang Pakatan Rakyat menerusi media tunggangan mereka, kerana sejarah membuktikan calon pilihan raya parti itu pernah tewas ‘dimakan’ propaganda sendiri.
“Pilihan raya tahun 1969, tiap-tiap hari Utusan mainkan berita 300 ahli PAS keluar parti. Sebulan (mereka) kempen. Bila kita kira (tempoh sebulan itu), belas ribu ahli PAS yang keluar parti.
Bila kira macam itu, (mestilah) PAS sudah hilang deposit. Tapi masa (pilihan raya), Pengerusi Utusan (Datuk Hussien Mohd Nordin) kalah bila lawan Hashim Gera (Parlimen Parit),” kata Anwar di hadapan 20,000 rakyat pada Ceramah Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seri Iskandar, Perak malam tadi.

Tegas Ketua Umum KEADILAN itu, berita yang dilapor Utusan Malaysia dan TV3 bahawa BN akan menang dua pertiga majoriti di Parlimen hanyalah keyakinan palsu untuk mententeramkan pemimpin mereka.
“Mereka ‘terajang’ kita tiap malam. Empat hari empat malam sebut nama Anwar pada Perhimpunan Agung Umno…Dah jadi ‘Perhimpunan Agung Anwar’.

“Rakyat dah mangli. Ini bukan tahun 50′an. Rakyat tidak ada TV. Hanya ada RTM. Tapi sekarang boleh tengok ‘live’ (langsung) ceramah ini dari seluruh dunia. Malam ini puluh ribu rakyat datang atas kesedaran dan mahu bangkit tuntut perubahan,” katanya.
Beliau juga hairan apabila media Umno BN sibuk memainkan isu bakal Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.
“Umno hanya mimpi sahaja…Mereka tak tahu muafakat dalam Pakatan Rakyat cukup mantap,” jelas Ketua Pembangkang.

Turut hadir pada himpunan tersebut, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalannya Mohamad Sabu dan Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Seng Giaw.
Short URL: http://www.keadilandaily.com
Read More..

Selasa, 18 Februari 2014

Video Perompak Kedai Emas Terbaring Dalam Darah Selepas Ditembak Di Kota Bharu

darah

Video di bawah adalah kejadian seorang perompak ditembak polis selepas melakukan rompakan di sebuah kedai emas.
Kejadian berlaku di Arked UDA di Jalan Temenggong, Kota Bharu, Kelantan.
Rompakan berkenaan dikatakan dilakukan oleh dua orang di mana seorang berjaya ditembak dan seorang lagi melarikan diri.
Penjayah berkenaan dipercayai menggunakan kereta Proton Waja dalam rompakan tersebut dan kereta berkenaan ditinggalkan di tempat kejadian.
Read More..

Minggu, 09 Februari 2014

Kereta Terhumban Dalam Parit Pemandu Wanita Panik Dakwa Ternampak Pocong!

Pocong


KUALA KURAU – Seorang pekerja kilang nyaris maut apabila kereta dipandunya terhumban ke dalam parit akibat cuba mengelak objek misteri seperti pocong yang merintangi jalan di Kampung Sungai Baru, di sini, semalam.
Mangsa yang hanya dikenali Janariah, 38, berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 6.15 pagi itu, dia yang memandu kereta jenis Perodua Kancil dalam perjalanan ke tempat kerja.
Menurutnya, keadaan ketika itu masih gelap dan ketika melalui laluan itu, dia terlihat objek aneh berwarna putih berada di atas jalan.
“Saya cuba mengenal pasti objek tersebut dan terkejut mendapati ia seakan-akan hantu pocong yang muncul tiba-tiba di atas jalan.
“Akibatnya, saya tidak dapat mengawal kenderaan dan terus menjunam ke dalam parit yang terletak di tepi jalan berkenaan,” katanya sewaktu ditemui media di sini semalam.
Janariah berkata, walaupun keretanya hampir tenggelam di dalam parit, dia tidak keluar dari kenderaan berkenaan akibat berasa takut mengenangkan objek mistik putih yang dilihatnya.
Jelasnya, bagaimanapun, dia sempat menelefon adiknya untuk meminta bantuan dan menceritakan kejadian yang menimpa dirinya.
Sahabat karib mangsa yang hanya dikenali Hayuzzi berkata, sewaktu kejadian berlaku, dia dalam perjalanan ke sebuah pasar awam di Tanjung Piandang untuk membeli barangan perniagaan.
Katanya, dia terkejut melihat kelibat manusia dan cahaya lampu dari dalam parit.
“Setibanya di lokasi kejadian, saya sekali lagi terkejut apabila mengetahui kelibat itu adalah rakan karib saya yang tinggal berhampiran rumah.
“Keadaan mangsa pada waktu itu seperti terpinga-pinga dan tidak mampu bercakap,” katanya.
Hayuzzi berkata, setelah pulang ke rumah barulah Janariah menceritakan punca kemalangan berlaku kepada orang kampung.
“Ini merupakan kejadian kemalangan kedua berlaku di laluan itu melibatkan kenderaan terhumban setelah terlihat sebuah objek aneh dalam tempoh dua tahun,” katanya. –Sinar Harian Online
Read More..

Rabu, 25 Desember 2013

13 Orang Terbunuh Dalam Tembakan Rambang


SEORANG bekas anggota simpanan Tentera Laut Amerika Syarikat semalam melepaskan tembakan rambang di tengah Washington membunuh 12 orang.

Dia kemudian turut berbalas tembakan dengan anggota polis sebelum ditembak mati.

Polis mengenalpasti identiti penembak ialah Aaron Alexis berusia 34 tahun dari Texas merupakan seorang kontraktor tentera  berhenti dari menjadi tentera laut pada 2011.

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) kini berharap orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut dan mengenali suspek agar memaklumkannya kepada FBI.

Maklumat yang diperolehi setakat ini menunjukkan Alexis merupakan seorang tentera yang penuh dengan masalah disiplin dan juga pernah ditahan tetapi tidak didakwa di Texas selepas dia dikatakan menembak siling di rumahnya sendiri.

“Setiap maklumat dikira berharga oleh kami, kami melihat untuk mengetahui segala-galanya tentang pergerakan, kenalannya dan juga rakan-rakannya,” kata Penolong Pengarah di pejabat FBI Washington Valerie Parlave.

FBI turut menyebarkan gambar Alexis, seorang warga kulit hitam yang mempunyai kemahiran Juruelektrik Penerbangan Kelas 3 dan pernah bertugas di bahagian sokongan logistik di Forth Worth, menurut tentera laut.

Dia dikatakan mempunyai minat mendalam kepada agama Buddha.

Setakat ini, pihak berkuasa menolak kemungkinan ia adalah satu serangan pengganas bagaimanapun dan motif serangan dilakukan sedang disiasat.

Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama mengarahkan bendera Amerika dikibarkan separuh tiang ibu negara Amerika itu sebagai penghormatan kepada mereka yang terbunuh.

Obama yang menggelarkan serangan itu sebagai ‘tindakan penakut’ dukacita kerana Amerika terpaksa berdepan sekali lagi dengan insiden tembakan rambang.

Bagi Datuk Bandar Washington Vincent Gray, beliau mengumumkan angka kematian ialah 13 orang dengan 12 lagi cedera termasuk seorang anggota polis.

Laporan media menyebut suspek bersenjatakan selaras raifal dan mengurung dirinya sendiri di dalam sebuah bilik di bangunan ibu pejabat Pusat Maklumat Tentera Laut.

Selepas tembakan pertama dilepaskan pada pukul 8.20 pagi waktu tempatan, anggota polis tiba tiga minit kemudian dan berbalas tembakan dengan suspek.

Sumber : Channel News Asia
Read More..

Minggu, 22 Desember 2013

27 Orang Maut Ditembak di Dalam Sekolah

  Sabtu, 15 Desember 2012
27 Orang Tewas Ditembaki di Dalam Sekolah
Kompas.com
Para siswa yang ketakutan keluar dari gedung sekolah dasar di Newtown,Connecticut, AS, Jumat, saat terjadi penembakan oleh seorang pria bersenjata yang menewaskan sejumlah orang di sekolah itu.

TRIBUNNEWS.COM,NEW YORK--Dikhabarkan 27 orang maut, termasuk 18 anak-anak, dalam tragedi penembakan mematikan di sebuah sekolah rendah di Connecticut, AS, Jumaat (14/12).

Juru Cakap Polis Negara Bahagian Connecticut, Paul Vance, tidak memberikan rincian. Akan tetapi menegaskan "penembakan telah terjadi."

CBS News yang mengutip sumber dari para penegak hukum mengatakan 27 orang meninggal, termasuk 18 anak-anak, dalam peristiwa itu seperti dikutip Kompas.com.
Seorang juru Cakap Rumah Putih mengatakan, Presiden Barack Obama telah diberitahu tentang penembakan itu dan mengikuti perkembangannya.

Media tempatan mengutip sejumlah laporan yang belum dikonfirmasi menyebutkan bahawa seorang lelaki bersenjata mati di Sekolah Dasar Sandy Hook di Newtown, Connecticut, sebelah timur laut New York City.

Polis  menyerbu keliling sekolah itu setelah penembakan terjadi. Sementara daerah sekitar sekolah di tutup, kata polis dan media setempat.
Sejumlah laporan juga mengatakan setidaknya seorang guru terluka, sementara surat khabar Newtown Bee mengatakan seorang siswa dibawa keluar dari sekolah dengan kondisi cedera parah.

Sebuah foto di laman web Bee memperlihatkan para petugas mengarahkan lebih dari belasanan anak-anak yang tampak sangat ketakutan ke area tempat parkir. Foto lain menunjukkan para petugas berkumpul di jalan yang sepi di dekatnya.
Penembakan mematikan merupakan kejadian biasa di tempat-tempat umum AS, yang sering berakhir hanya ketika lelaki bersenjata itu ditembak atau bunuh diri.

Pada Selasa lalu, seorang lelaki dengan senapang semi-otomatik menyerbu sebuah pusat membelibelah di Oregon. Ia membunuh dua orang dan kemudian bunuh dirinya sendiri.

Dalam insiden baru-baru ini yang paling terkenal, yang terjadi pada Julai, James Holmes yang berusia 24 tahun membunuh 12 orang dan melukai 58 orang lain ketika ia melepaskan tembakan pada ketika tayangan perdana film Batman yang terbaru di Aurora, Colorado.

Bulan lalu, seorang lelaki bersenjata bernama Jared Loughner dipenjara seumur hidup kerana membunuh enam orang di Tucson, Arizona pada Januari 2011 dalam sebuah serangan yang menyasar anggota Kongres, Gabrielle Giffords. Korban yang ditembak di kepala dari jarak dekat itu selamat.
Meski ada sejumlah tragedi semacam itu, dukungan bagi adanya undang-undang kepemilikan senjata yang lebih ketat masih belum begitu kuat.

 sunting dari  Kompas.com
Read More..