Tampilkan postingan dengan label pakatan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pakatan. Tampilkan semua postingan

Minggu, 23 Februari 2014

Pakatan sebulat suara desak pemimpin SPR letak jawatan

 Harakahdaily 
Salmiyah Harun, 03 Jun 2013


(Anwar bersama pemimpin PAS dan DAP dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan hari ini.)

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat sebulat suara mendesak Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan ekoran catatan rekod paling tinggi petisyen pilihan untuk PRU 13 ini.

Desakan sebulat suara ini dicapai dalam mesyuarat Pakatan Rakyat hari ini.

Ia dinyatakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media bersama pemimpin PAS dan DAP hari ini.

Pakatan Rakyat bakal memfailkan 35 petisyen manakala sebelum ini Umno menyatakan akan memfailkan 50 petisyen bagi membantah keputusan PRU 13.

Menurut Anwar, dalam sejarah pilihan raya negara ini hanya ada satu atau dua kes yang pernah dikemukakan parti yang bertanding setiap kali selesai PRU.

"Belum pernah dalam sejarah sampai dekat 90 petisyen  yang dicadangkan untuk dikemukakan.  Ini sahaja cukup alasan untuk Pengerusi SPR dan Timbalannya letak jawatan segera kerana cuai  dan terlibat dalam kegiatan curang dan penipuan dalam pilihan raya," katanya.

Anwar menegaskan SPR harus menyelesaikan masalah yang timbul terlebih dahulu sebelum badan itu diletakkan di bawah satu jawatankuasa khas parlimen.

"Misalnya kita merompak, kemudian runding. Sepatutnya kita serah dulu barang yang kita rompak baru boleh runding," katanya.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, cadangan pembentukan jawatankuasa khas parlimen itu untuk melarikan fokus rakyat kepada persoalan sebenar tentang kegagalan SPR dalam mengendalikan PRU13 lalu.

"Oleh sebab itu kita tidak perlu jawatankuasa ini kerana SPR perlu selesaikan perkara-perkara yang dibangkitkan rakyat sekarang," katanya yang turut bersama dalam sidang media Majlis Pakatan Rakyat.

Mustafa turut memberitahu, ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP memutuskan untuk membuat petisyen berdasarkan kawasan-kawasan yang dirasakan wajar perlu diadakan petisyen.

Jelasnya, sebanyak 35 petisyen akan dikemukakan iaitu PAS sebanyak 14 , PKR;18 dan DAP;3 petisyen, bagaimanapun angka ini masih belum dimuktamadkan.

"Bukan sahaja Pakatan Rakyat membuat petisyen terhadap keputusan PRU13 malah Umno BN  pun akan membuat 50 petisyen. Mengikut jumlah petisyen ini ternyata SPR gagal mengendalikan proses pilihan raya dengan bersih dan adil," katanya.

Konvensyen Pakatan Rakyat

Dalam pada itu, Pakatan Rakyat akan mengadakan Konvensyen Pakatan Rakyat pada 23 Jun ini.

Konvensyen yang diadakan sehari itu akan dihadiri wakil-wakil setiap negeri serta barisan pimpinan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun maklumat berhubung konvesnyen itu akan diumumkan oleh sekretariat Pakatan Rakyat dalam masa terdekat ini.

Pakatan Rakyat turut menyokong penganjuran perhimpunan aman pada 15 Jun nanti, pihaknya akan berunding dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan pihak keselamatan bagi memastikan perhimpunan tersebut berlangsung dengan aman.

Anwar berkata sekretariat perhimpunan akan memberi maklumat lanjut sama ada perhimpunan itu diadakan di jalanan atau di stadium.
Read More..

Sabtu, 22 Februari 2014

UMNO tak tahu muafakat dalam Pakatan Rakyat cukup mantap

Jaga2, serangan Umno BN bakal ‘makan tuan’ – Anwar

(Oleh Sidiqin Omar)
TRONOH 17 Dis: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Umno BN supaya tidak terus sombong menyerang Pakatan Rakyat menerusi media tunggangan mereka, kerana sejarah membuktikan calon pilihan raya parti itu pernah tewas ‘dimakan’ propaganda sendiri.
“Pilihan raya tahun 1969, tiap-tiap hari Utusan mainkan berita 300 ahli PAS keluar parti. Sebulan (mereka) kempen. Bila kita kira (tempoh sebulan itu), belas ribu ahli PAS yang keluar parti.
Bila kira macam itu, (mestilah) PAS sudah hilang deposit. Tapi masa (pilihan raya), Pengerusi Utusan (Datuk Hussien Mohd Nordin) kalah bila lawan Hashim Gera (Parlimen Parit),” kata Anwar di hadapan 20,000 rakyat pada Ceramah Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seri Iskandar, Perak malam tadi.

Tegas Ketua Umum KEADILAN itu, berita yang dilapor Utusan Malaysia dan TV3 bahawa BN akan menang dua pertiga majoriti di Parlimen hanyalah keyakinan palsu untuk mententeramkan pemimpin mereka.
“Mereka ‘terajang’ kita tiap malam. Empat hari empat malam sebut nama Anwar pada Perhimpunan Agung Umno…Dah jadi ‘Perhimpunan Agung Anwar’.

“Rakyat dah mangli. Ini bukan tahun 50′an. Rakyat tidak ada TV. Hanya ada RTM. Tapi sekarang boleh tengok ‘live’ (langsung) ceramah ini dari seluruh dunia. Malam ini puluh ribu rakyat datang atas kesedaran dan mahu bangkit tuntut perubahan,” katanya.
Beliau juga hairan apabila media Umno BN sibuk memainkan isu bakal Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.
“Umno hanya mimpi sahaja…Mereka tak tahu muafakat dalam Pakatan Rakyat cukup mantap,” jelas Ketua Pembangkang.

Turut hadir pada himpunan tersebut, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalannya Mohamad Sabu dan Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Seng Giaw.
Short URL: http://www.keadilandaily.com
Read More..