Minggu, 09 Februari 2014
Kereta Terhumban Dalam Parit Pemandu Wanita Panik Dakwa Ternampak Pocong!
KUALA KURAU – Seorang pekerja kilang nyaris maut apabila kereta dipandunya terhumban ke dalam parit akibat cuba mengelak objek misteri seperti pocong yang merintangi jalan di Kampung Sungai Baru, di sini, semalam.
Mangsa yang hanya dikenali Janariah, 38, berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 6.15 pagi itu, dia yang memandu kereta jenis Perodua Kancil dalam perjalanan ke tempat kerja.
Menurutnya, keadaan ketika itu masih gelap dan ketika melalui laluan itu, dia terlihat objek aneh berwarna putih berada di atas jalan.
“Saya cuba mengenal pasti objek tersebut dan terkejut mendapati ia seakan-akan hantu pocong yang muncul tiba-tiba di atas jalan.
“Akibatnya, saya tidak dapat mengawal kenderaan dan terus menjunam ke dalam parit yang terletak di tepi jalan berkenaan,” katanya sewaktu ditemui media di sini semalam.
Janariah berkata, walaupun keretanya hampir tenggelam di dalam parit, dia tidak keluar dari kenderaan berkenaan akibat berasa takut mengenangkan objek mistik putih yang dilihatnya.
Jelasnya, bagaimanapun, dia sempat menelefon adiknya untuk meminta bantuan dan menceritakan kejadian yang menimpa dirinya.
Sahabat karib mangsa yang hanya dikenali Hayuzzi berkata, sewaktu kejadian berlaku, dia dalam perjalanan ke sebuah pasar awam di Tanjung Piandang untuk membeli barangan perniagaan.
Katanya, dia terkejut melihat kelibat manusia dan cahaya lampu dari dalam parit.
“Setibanya di lokasi kejadian, saya sekali lagi terkejut apabila mengetahui kelibat itu adalah rakan karib saya yang tinggal berhampiran rumah.
“Keadaan mangsa pada waktu itu seperti terpinga-pinga dan tidak mampu bercakap,” katanya.
Hayuzzi berkata, setelah pulang ke rumah barulah Janariah menceritakan punca kemalangan berlaku kepada orang kampung.
“Ini merupakan kejadian kemalangan kedua berlaku di laluan itu melibatkan kenderaan terhumban setelah terlihat sebuah objek aneh dalam tempoh dua tahun,” katanya. –Sinar Harian Online
Sabtu, 08 Februari 2014
Bayi parah dilempar seterika panas
myMetro

Kejadian jam 4.30 petang, Rabu lalu itu menyebabkan bayi terbabit meraung kesakitan apabila bahagian kiri badannya melecur selain mukanya bengkak.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, insiden itu turut membongkar status ibu bapa mangsa yang tidak berkahwin, tapi bersekedudukan hingga memperoleh tiga anak.
Menurutnya, sebelum kejadian, mangsa tidur di ruang tamu, manakala ibunya berusia 26 tahun yang juga pengawal keselamatan menggosok baju.
“Berlaku pertengkaran antara ibu dan bapa mangsa sebelum keadaan bertukar tegang. Bapa mangsa berusia 35 tahun yang juga penoreh getah merentap seterika digunakan pasangannya dan membaling ke arah wanita itu.
Jumat, 07 Februari 2014
Orang Pahang Jangan Risau Walau Banjir Sebab…

Maafkan kami kerana berkongsi status ini tapi kami rasa ia telah berjaya menceriakan petang Rabu yang agak mendung ini.
Seorang pengguna Facebook, Firdaus Abdillah Hamzah telah membuat lawak apabila memuatnaik status berbunyi:

“Aku baru dapat info ni. Orang Pahang semua jangan risau jangan susoh hati. Piala Malaysia kita telah disimpan di tempat tinggi supaya tak hanyut ke Johor.”
Kepada pembaca terutama orang Johor, jangan skeptikal atau terasa hati ya.
Sebagai orang Pahang yang mungkin sedang gusar dengan nasib orang kampungnya yang sedang mengalami banjir, Firdaus cuma berlawak dan kami percaya, beliau memang kelakar orangnya. – REM RAMZI
Kamis, 06 Februari 2014
Aktif Buat Hubungan Seks Sejak Usia 15 Tahun
KULIM – Salah seorang remaja bawah umur ditahan semasa operasi cegah kegiatan lumba haram, awal pagi kelmarin mengaku sering melakukan hubungan seks sejak berusia 15 tahun dan sehingga hari ini telah melakukan perbuatan itu bersama lebih 10 teman lelakinya.
Menurutnya dia melakukan hubungan seks kerana suka dilayan oleh teman lelaki dan berbangga kerana memiliki ramai kekasih.
“Dia (teman lelaki) janji nak kahwin dengan saya, sebaliknya saya ditinggalkan kerana dia memiliki teman wanita lain. Sejak hari itu ramai lelaki yang berjanji akan menjadikan saya isteri mereka bagaimanapun semuanya tipu.
“Sekarang ini saya mempunyai ramai teman lelaki dan sudah banyak kali melakukan hubungan seks,” katanya yang membuat pengakuan berkenaan kepada Sinar Harian.
Dia antara dua remaja perempuan bawah umur yang ditahan dalam sekatan di Jalan Kilang Lama semasa operasi oleh Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Kulim.
Ketika ditahan, dia bersama seorang lagi remaja perempuan berusia 16 tahun, menjadi pembonceng motosikal yang dibawa teman lelaki masing-masing.
Teman lelaki mereka bagaimanapun dibebaskan setelah didapati memiliki dokumen seperti lesen dan kad pengenalan diri yang lengkap.
Difahamkan, bagi mana-mana remaja perempuan ditahan kerana berpelesiran selepas tengah malam, polis boleh mengarahkan ibu bapa mereka datang ke balai untuk mengambil mereka pulang ke rumah.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, tindakan itu antara cara pencegahan dilakukan polis untuk memastikan remaja perempuan tidak terlibat dalam sebarang kegiatan berunsur jenayah atau menjadi mangsa rogol.
Menurutnya, sehingga kini remaja bawah umur terutama pelajar sekolah merupakan golongan paling ramai terlibat dalam kes rogol.
Katanya, walaupun perlakuan seks atas kerelaan mangsa atau suka sama suka, ia masih dianggap rogol jika mangsa bawah umur.
“Ada kalangan mangsa menyatakan mereka sanggup lakukan hubungan seks setelah kekasih mereka itu yang berjanji akan berkahwin dengan mereka. Bagaimanapun janji hanya tinggal janji apabila hubungan cinta itu tidak kesampaian.
“Selain itu remaja hari ini terlalu ghairah melakukan hubungan seks setelah melihat adegan lucah yang terdapat dalam talefon bimbit atau melalui Internet. Semua ini merangsang mereka untuk mencuba,” katanya.
Terdahulu menurutnya, dari pengakuan dibuat, 95 peratus kalangan remaja perempuan bawah umur ditahan polis mengaku pernah melakukan hubungan seks bersama teman lelaki atau kekasih masing-masing.
Beliau turut menasihatkan remaja perempuan bawah umur terutama kepada teman lelaki mereka supaya jangan sesekali melakukan hubungan seks dengan mana-mana gadis bawah umur.
Menurutnya, sekiranya ada mana-mana pihak membuat laporan polis, kes itu akan di siasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum dengan sebatan dan penjara dengan tempoh yang lama. – Sinar Harian
Rabu, 05 Februari 2014
Menteri KP digesa jawab dakwaan guna logo JPJ
Malaysiakini
| Nov 21 2012 |
siapakah yang telah membenarkannya sepertimana dakwaan dalam laporan polis yang dibuat oleh dua ahli Parlimen PAS semalam.
Laporan tersebut dibuat oleh Ahli Parlimen PAS - Datuk Mahfuz Omar yang juga pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) dan Mohd Firdaus Jaafar - di Balai Polis Dang Wangi semalam.
Mereka mendakwa kontraktor AES menggunakan kenderaan dengan warna dan logo JPJ dan mendakwa melanggar Seksyen 170 dan
Seksyen 171 Kanun Keseksaan, iaitu menyamar sebagai penjawat awam dan memakai pakaian atau membawa tanda yang digunakan pejawat awam dengan niat menipu.
Sehubungan itu, katanya, JINGGA 13 mendesak menteri pengangkutan dan ketua pengarah JPJ menjawab dakwaaan tersebut dan sama ada pihak menteri atau JPJ membenarkan syarikat kontraktor berkenaan bertindak demikian
Selasa, 04 Februari 2014
Peluang Usaha Modal Dibawah 5 Jutaan Memberikan Sukses
Kendala bagi sebagian orang yang ingin memulai bisnis adalah masalah permodalan. Banyak yang memang berfikir seperti itu. Padahal sebenarnya kendala utama dalam memulai bisnis itu adalah kemauan, karena sesungguhnya modal itu bisa dicari, asal kita punya kemauan.Tapi, tetap tidak bisa dipungkiri bahwa memulai usaha kecil modal kecil itu pastilah memerlukan modal materi juga. Yang perlu disiasati agar bisnisnya segera dibuka adalah dengan membuka usaha modal kecil. Tapi usaha modal kecil pun itu relatif. Ada yang bilang modal dibawah 10 juta itu baru bisa dibilang usaha modal kecil, tapi ada juga yang bilang dibawah 1 juta atau 500 ribu itu baru bisa dibilang usaha modal kecil.Ya, untuk masalah permodalan ini memang sangat relatif. Bagi seseorang yang sudah mempunyai pengtinjauanan rutin 3 juta per bulan, 10 juta mungkin terlalu besar. Tapi bagi seseorang yang sudah mempunyai pengtinjauanan 20-40 juta per bulan, 10 juta bisa lah di anggap sebagai usaha modal kecil.Menurut saya, usaha modal kecil harus dilihat dari beberapa aspek. Misalnya dari modalnya itu sendiri, atau dari biaya operasionalnya.
Ilustrasi Usaha Modal Kecil
Relatifitas kecil atau besarnya modal tentu harus ada dua objek yang harus dibandingkan. Misalnya:Anda ingin berjualan baju…Pilihan pertama, anda menyewa kios di pinggir jalan untuk memajang baju-baju yang akan Anda jual. Untuk biaya sewa kios diperkirakan antara 5-15 juta per tahun. Belum lagi untuk biaya renovasi ruangan. Totalnya mungkin bisa sampai 10-20 juta untuk modal awalnya saja.Pilihan kedua, Anda membeli domain dan menyewa hosting untuk keperluan toko online Anda. Untuk biaya domain dan hosting diperkiraan antara 200-300 ribu per tahun. Dan anggap saja Anda tidak mengerti cara membuat toko online, untuk itu Anda mengeluarkan biaya lagi untuk jasa pembuatan toko online sebesar 500 ribu sampai 1,5 juta. Jadi total modal awal yang diperlukan adalah sekitar 800 ribu sampai 1,8 juta. Akan lebih rendah lagi modal awalnya seandainya Anda bisa membuat toko online sendiri.Ilustrasi diatas belum ditambah modal untuk beli baju ya…Nah, Apabila Anda memang ingin mencari usaha modal kecil, yang Anda pilih tentunya pilihan kedua, bukan ?Dari ilustrasi diatas, jelas bahwa usaha modal kecil atau usaha yang modalnya relatif kecil adalah usaha yang di-online-kan, atau kita sebut saja sebagai bisnis online.Jadi apa sih usaha yang modalnya kecil ? Salah satu jawabannya adalah bisnis online atau usaha yang di-online-kan. Setujukah Anda ?
Senin, 03 Februari 2014
Fesyen Dan Gaya Rambut Ronaldo Di Euro 2012
Setiap Portugal bertanding pernahkan Ente melihat rambut Cristiano Ronaldo kusut atau berselerak? Berapa macam gaya rambut milik Ronaldo? Gambar-gambar ini boleh memberi jawapan.
Langganan:
Postingan (Atom)









