Tampilkan postingan dengan label risau. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label risau. Tampilkan semua postingan
Jumat, 07 Februari 2014
Orang Pahang Jangan Risau Walau Banjir Sebab…

Maafkan kami kerana berkongsi status ini tapi kami rasa ia telah berjaya menceriakan petang Rabu yang agak mendung ini.
Seorang pengguna Facebook, Firdaus Abdillah Hamzah telah membuat lawak apabila memuatnaik status berbunyi:

“Aku baru dapat info ni. Orang Pahang semua jangan risau jangan susoh hati. Piala Malaysia kita telah disimpan di tempat tinggi supaya tak hanyut ke Johor.”
Kepada pembaca terutama orang Johor, jangan skeptikal atau terasa hati ya.
Sebagai orang Pahang yang mungkin sedang gusar dengan nasib orang kampungnya yang sedang mengalami banjir, Firdaus cuma berlawak dan kami percaya, beliau memang kelakar orangnya. – REM RAMZI
Senin, 30 Desember 2013
Mustapha risau bila Kelantan buat lebuhraya
Harakahdaily
| Salmah Mat Husain, | 28 Mei 2012 |
"Tok Pa risau takut Kelantan berjaya buat, sedangkan kerajaan pusat yang kaya nak halang walaupun dah rancang sejak RMK ke 5
"Dia nak risau, risaulah tetapi kita berdoa pada Allah. Moga berjaya buat, berkat sokongan semua," kata beliau.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mustapha selepas majlis perasmian pembinaan Lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai di Felcra Berangan Meka Nab dekat sini pagi ini.
Lebuhraya sejauh 64 km akan dibuat oleh kerajaan negeri berasaskan sumbangan kerajaan negeri, anak-anak syarikat dan orang ramai.
Semalam Mustapha mendakwa Kelantan membuat lebuhraya ini sebagai gimik pilihanraya semata-mata.
Tok Guru Nik Aziz sendiri menyumbangkan RM5,000 wang peribadinya hari ini untuk menjayakan projek ini.
Anak syarikat kerajaan negeri, Ladang Sungai Terah menyumbang RM1 juta manakala syarika Ufuk Budiman menyumbang RM100,000 kepada projek ini.
Di majlis itu, Tok Guru Nik Aziz menyeru semua lapisan masyarakat turut derma atas rasa tanggungjawab dan rasa hak bersama.
"Iapun bertepatan dengan Islam derma yang menggalakkan kita buat jalan selain masjid dan kita akan dapat pahala berpanjangan," katanya.
Menurutnya, sepanjang 22 tahun mentadbir Kelantan, beliau sudah dituduh dengan pelbagai fitnah "termasuk buat jalan pun akan hadapi masalah yang sama."
Exco kerajaan negeri yang menerajui projek lebuhraya ini, Datuk Husam Musa berkata, Kelantan telah dipinggirkan dalam pembangunan negara sejak sekian lama.
Antara projek yang menjadi mangsa adalah projek lebuhraya dan lapangan terbang.
"Anak Kelantan di luar bagaikan didera apabila kepulangan kereka ketika cuti sekolah dan hariraya terpaksa melalui jalan yang sukar kerana kesesakan," kata Husam.
Langganan:
Postingan (Atom)