Tampilkan postingan dengan label malam. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label malam. Tampilkan semua postingan

Minggu, 02 Februari 2014

Lebih 4 juta solat terawih malam kedua di Rabaah






MESIR: Syeikh Umum Qurra Mesir, Dr.Ahmed Isa Masarawy mengimami solat terawih pada malam kedua bulan Ramadhan tidak kurang dari 4 juta umat Islam yang berhimpun sejak petang tadi di dataran Rabaah bagi meneruskan bantahan terhadap rampasan kuasa tentera.

Menjelang waktu berbuka puasa pada hari pertama Ramadhan hari ini, dianggarkan lebih 3 juta umat Islam membanjiri dataran Rabaah untuk menghadiri majlis berbuka puasa beramai-ramai.

Pentas utama dataran Rabaah mengumumkan bahawa ia mencatatkan rekod dunia menyaksikan majlis berbuka puasa paling ramai yang pernah diadakan. Para petugas terpaksa membahagi-bahagikan tempat mengikut wilayah dan terdapat tempat khusus bagi mereka yang datang bersama keluarga.

Adat bagi masyarakat Arab mereka akan berbuka puasa bersama keluarga pada hari pertama bulan Ramadhan. Walaupun begitu, dataran Rabaah tetap juga dibanjiri oleh rakyat dan adat mereka tahun ini telah berpindah ke Rabaah sebagai janji mereka untuk sama sekali tidak berganjak meninggalkan dataran walau apa jua keadaan sekalipun.

Kelihatan dua buah van yang sarat dengan daging kambing untuk dijamu kepada mereka yang hadir disedekahkan oleh seorang penyokong Mursi sementara penduduk tempatan dari kawasan Madinah Nasr pula mengagihkan bungkusan air jus buah-buahan kepada mereka yang berpuasa.

Pendakwah Islam, Dr.Sofwat Hijazi pula sempat menyampaikan tazkirah yang menghuraikan fadhilat bulan Ramadhan sebelum azan maghrib berkumandang. Sebelum itu, mereka yang hadir membaca "Mathurat" beramai-ramai.
Read More..

Jumat, 27 Desember 2013

2 NGO anjur forum kebebasan agama serentak malam ini

Wartawan Sinar Harian
8 November 2012
SHAH ALAM - Di sebalik kontroversi kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, dua pertubuhan bukan kerajaan mengadakan forum berasingan di ibu negara malam ini mengupas isu menyentuh kebebasan beragama.

Dalam kenyataan media, Akademi Pak Sako berkata, pihaknya menganjurkan program wacana ilmiah susulan perkembangan terkini berkaitan polemik kebebasan beragama dan murtad yang dimuatkan dalam media massa mutakhir ini.

Program pihaknya diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor pada jam 8.30 malam.

Ahli panelnya terdiri daripada Hasmi Hashim iaitu budayawan dan penulis lirik lagu; juara program Imam Muda pertama, Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, pendakwah muda Wan Ji Wan Hussin dan bekas Koordinator Media Datuk Seri Anwar Ibrahim, Eekmal Ahmad.

Dalam pada itu, Perkasa pula menganjurkan forum bertajuk Forum Kebebasan Bertukar Agama Dari Sudut Islam dan Perlembagaan Negara di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada jam 8 malam.

Antara ahli panelnya ialah Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin; Presiden Jati, Datuk Dr Hassan Ali, Presiden Muafakat, Ismail Mina dan bekas Angkatan Belia Islam Malaysia, Dr Yusri Mohammad
Read More..

Jumat, 20 Desember 2013

Berdebar Nak Kahwin Pierre Andre Hafal Akad Nikah Setiap Malam

Berdebar Nak Kahwin, Pierre Andre Hafal Akad Nikah Setiap Malam | Pelakon dan pengarah filem Pierre Andre teruja dan berdebar untuk menempuhi alam perkahwinan bersama seorang model yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini sehinggakan beliau menghafal lafaz akad nikah setiap malam.

Berdebar nak Kahwin, Pierre Andre Hafal Akad Nikah Setiap Malam

Mohd Pierre Andre Nazarul Andre, 28, berkata, dia bersyukur kerana salah satu impiannya untuk bergelar suami akhirnya terlaksana.

"Untuk bergelar seorang suami merupakan impian saya selama ini dan saya bagaikan tidak sabar untuk menantikan detik-detik tersebut.

"Namun, perasaan berdebar tetap ada dan setiap malam saya akan menghafal lafaz akad nikah sebelum tidur," katanya ketika ditemui pada sidang media drama Dewi Lasak, di sini, Khamis.

Berdebar nak Kahwin, Pierre Andre Hafal Akad Nikah Setiap Malam

Pierre akan bergelar suami kepada Siti Nurhidayah Hashim dalam satu majlis akad nikah Ahad ini yang akan diadakan di Masjid Al-Ikhlas, Taman Melati, Selayang dekat sini kira-kira pukul 1 tengah hari.

Menurutnya, majlis resepsi kedua-dua pihak akan dilakukan secara sederhana dan hanya akan dihadiri oleh keluarga terdekat. Bagaimanapun kata Piere pihaknya masih belum menetapkan tariknya lagi.

"Majlis resepsi sebelah perempuan mungkin akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti manakala sebelah saya pula tidak dapat dipastikan. Yang pasti ia akan dibuat secara tertutup untuk keluarga sahaja," ujarnya.

Pierre yang mengenali Siti Nurhidayah sejak dua tahun lalu mengakui wanita tersebut mempunyai ciri-ciri isteri yang diidamkannya.

"Ketika jumpa dia, saya tidak beberapa yakin untuk ada hubungan kerana dia seorang model sudah tentu kehidupan berbeza.

"Tapi bila saya kenal keluarganya, saya tahu dia seorang wanita yang terdidik kerana keluarganya guru. Dia juga seorang yang tidak cerewet dan sentiasa bersederhana," ujarnya.

Ditanya sama ada dia akan menjemput bekas teman wanitanya iaitu pelakon Yana Samsudin, Pierre berkata, soal jemputan diserahkan kepada keluarga.

"Insya-Allah kita akan jemput tapi saya serah kepada pihak keluarga tentang urusan jemputan. Lagipun saya kena juga ambil pandangan dan jaga hati bakal isteri saya," katanya. sumber

Read More..